Hello our valued visitor, We present you the best web solutions and high quality graphic designs with a lot of features. just login to your account and enjoy ...

Pengenalan

Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada 17 Disember 2009 atas nama Awana Wangsa Sdn. Bhd. sebelum menukarkan nama kepada Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. pada 28 Julai 2010. Syarikat ini diterajui oleh dua orang pengarah yang juga pemegang saham iaitu Hanapi bin Hussin dan Mohd Hariri bin Hanapi. Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Kementerian Kewangan Malaysia. Diterajui oleh beberapa orang kakitangan yang berpengalaman di dalam beberapa bidang termasuk bidang pelancongan dan pengangkutan awam. Merupakan sebuah syarikat yang memberikan tumpuan penuh dalam sektor pelancongan dan perkhidamatan pengangkutan. Aktiviti utama syarikat Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. ialah menawarkan pakej pelancongan seperti Pakej Lawatan Sambil Belajar dan Pakej Mesyuarat / Seminar, Pakej Pelancongan Dalam Negeri untuk orang perseorangan dan pelbagai lagi perkhidmatan yang menarik. Pakej Lawatan Sambil Belajar disasarkan kepada golongan pelajar sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), murid-murid sekolah rendah dan menengah serta penduduk di kawasan setempat.Para pelancong berpeluang memilih pakej mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing sama ada individu atau berkumpulan. Pihak syarikat juga sedang berusaha menambah sasaran pasaran iaitu dengan mempelbagaikan pakej pelancongan dan pakej pengangkutan yang ditawarkan. Selain daripada penjualan pakej pelancongan, Awana Wangsa Holiday Sdn. Bhd. juga menyediakan perkhidmatan penyewaan bas, kereta VIP dan van.

 

Matlamat Syarikat

Misi Syarikat

Ø  Mengembangkan perniagaan di samping menghasilkan produk dan perkhidmatan yang terbaik agar dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Ø  Untuk menjadi ejen pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej pelancongan yang terbaik di Kelantan.

Ø  Menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik dan mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat dengan menawarkan harga yang berpatutan.

Ø  Untuk memberi kemudahan pengangkutan yang selesa bagi merancakkan lagi sektor pelancongan negara.

 

 

Visi Syarikat

 Menjadi sebuah agensi pelancongan yang maju dan berdaya saing agar dapat mengembangkan lagi sektor pelancongan negara di samping dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik di kalangan yang terbaik.

  

Motto Syarikat

“Merealisasikan Percutian Impian Anda”

 

Objektif Syarikat

Ø  Menjadi sebuah syarikat yang bersaing maju di pasaran dan menawarkan pelbagai produk pelancongan sebagai pilihan pelanggan.

Ø  Menyediakan pegawai-pegawai yang terlatih, bertanggungjawab, dedikasi, amanah dan professional demi menjamin dan mengekalkan perkhidmatan cemerlang. 

Ø  Memperkenalkan Malaysia sebagai bangsa yang beradap dan berbudaya di kaca mata dunia.